Baju Family Day Sublimation

Tempah Baju Family Day Sublimation untuk hari percutian keluarga anda. Design jersey sublimation hari keluarga terkini yang cantik. Cetakan full colour yang boleh disesuaikan dengan semua cutting baju.

Dapatkan Sebut harga
Hubungi kami untuk tempahan baju sublimation family day. Dapatkan sebut harga percuma!
2026

Jom Tempah Jersey Sublimation Family Day

Kedai kami menerima tempahan baju jersey sublimation Family Day dengan minimum serendah 10 helai.

Baju family sublimation kami menggunakan pilihan kain selesa dipakai seperti Microfiber Eyelet & Interlock

Kami menyediakan pelbagai pilihan cutting baju untuk seluruh ahli keluarga termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Setiap baju boleh dicetak dengan warna, corak dan design pilihan anda untuk menjadikan aktiviti Family Day lebih bermakna. Antara pilihan materiak kain jersey yang tersedia:

Kami menerima tempahan seluruh Malaysia dengan penghantaran percuma ke semenanjung. Lokasi kedai kami di Kajang, Selangor.  Jika anda berdekatan dengan tempat kami, anda juga boleh kunjungi ke tempat kami untuk melihat sample kain dan perbincangan lanjut.

Kelebihan T-shirt Sublimation Printing

Kelebihan Baju Family Day Sublimation

Baju Family Day yang dicetak menggunakan kaedah sublimation printing memberikan hasil cetakan yang tajam, warna lebih terang, cantik dan tahan lama. Dakwat meresap ke dalam kain, menjadikan cetakan tidak mudah luntur, tidak mudah mengelupas serta kekal selesa dipakai walaupun selepas  dibasuh berulang kali.

Apa yang menarik, dengan gabungan warna yang lebih hidup, ketahanan cetakan yang tinggi serta keselesaan ketika dipakai, baju Family Day sublimation memberikan penampilan yang lebih bergaya dan menarik semasa hari percutian bersama keluarga anda.

Ia merupakan pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang mahukan baju berkualiti, tahan lama dan mampu mengekalkan warna serta reka bentuk asal untuk tempoh penggunaan yang panjang.

Design Baju Family Day Sublimation Percuma

Anda tiada design baju family day sublimation? Jangan risau, di bawah ini kami sediakan katalog design percuma sublimation cetakan warna penuh yang boleh di pilih.

Setiap design yang kami sediakan boleh disesuaikan dengan nama Family, lokasi percutian dan tarikh. Nak letak nama pun boleh. Boleh berikan kami kod design atau screenshot untuk kami sediakan mockup baju keluarga anda.

Carta Size Baju Sublimation Family Day

Carta size baju sublimation family ini merangkumi size budak-budak dari 1 tahun sampai 12 tahun. Dewasa dari size 2xs hingga 10 xl. Ukuran dalam inci, boleh rujuk jadual size di bawah untuk meilih size baju yang bersesuian dengan anda. Size baju standard size asian yang sesuai untuk rakyat Malaysia

Size Kanak-kanak

📏 Kids Size Chart (Measurement in Inch)
Size Chest
(Dada)
Body
(Panjang Baju)
Short Sleeve
(Lengan Pendek)
Long Sleeve
(Lengan Panjang)
22 11" 17" 4.5" 13"
24 12" 18" 5" 14"
26 13" 19" 5.5" 15"
28 14" 20" 6" 16"
30 15" 21" 6.5" 17"
32 16" 22" 7" 18"
Nota: Semua ukuran adalah dalam inci (inch). Ukuran baju mempunyai toleransi sekitar ±2 inci bergantung kepada proses pengeluaran.

Size Dewasa

📏 Adult Size Chart (Measurement in Inch)
Size Chest
(Dada)
Body
(Panjang Baju)
Short Sleeve
(Lengan Pendek)
Long Sleeve
(Lengan Panjang)
2XS 17" 23" 7.5" 20"
XS 18" 24" 8" 21"
S 19" 25" 8.5" 22"
M 20" 26" 9" 23"
L 21" 27" 9.5" 23.5"
XL 22" 28" 10" 24"
2XL 23" 29" 10.5" 24.5"
3XL 24" 30" 11" 24.5"
4XL 25" 31" 11.5" 25"
5XL 26" 31.5" 12" 25.5"
6XL 27" 32" 12.5" 25.5"
7XL 28" 32.5" 12.5" 26"
8XL 29" 33" 12.5" 26"
9XL 30" 33" 12.5" 26"
10XL 31" 33" 12.5" 26"
Nota: Semua ukuran adalah dalam inci (inch). Ukuran baju mempunyai toleransi sekitar ±2 inci bergantung kepada proses pengeluaran.

Size Muslimah

📏 Muslimah Size Chart (Measurement in Inch)
Size Chest
(Dada)
Body
(Panjang Baju)
Sleeve Length
(Panjang Lengan)
Bottom Muslimah
(Lebar Bawah)
2XS 17" 30" 19" 23"
XS 18" 31" 20" 24"
S 19" 32" 21" 25"
M 20" 33" 22" 26"
L 21" 34" 22.5" 27"
XL 22" 35" 23" 28"
2XL 23" 36" 23.5" 29"
3XL 24" 37" 23.5" 30"
4XL 25" 38" 24" 31"
5XL 26" 38.5" 24.5" 32"
6XL 27" 39" 24.5" 33"
7XL 28" 39.5" 25" 34"
8XL 29" 40" 25" 35"
9XL 30" 40" 25" 36"
10XL 31" 40" 25" 37"
Nota: Semua ukuran adalah dalam inci (inch). Ukuran baju mempunyai toleransi sekitar ±2 inci bergantung kepada proses pengeluaran.

Senarai Harga Family Day

Berikut ialah senarai harga baju Family Day sublimation yang kami tawarkan. Tempahan boleh dibuat dengan minimum serendah 10 helai, sesuai untuk keluarga kecil, syarikat, kelab atau kumpulan yang ingin menghasilkan baju custom untuk aktiviti bersama.

Lebih banyak kuantiti tempahan, lebih rendah harga sehelai yang ditawarkan. Kami juga menyediakan pilihan design custom mengikut tema, warna dan konsep Family Day anda.

Menariknya, kami menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia dengan percuma penghantaran ke Semenanjung Malaysia. Jadi anda boleh membuat tempahan baju Family Day dengan lebih mudah tanpa perlu risau tentang urusan penghantaran.

💰 Harga T-Shirt Sublimation Short Sleeve Roundneck size 2XS-3XL
Kuantiti (Helai) Harga Sehelai (RM) Penjimatan
10 RM27/pcs -
50 RM25/pcs Jimat RM2
100 RM22/pcs Jimat RM5
200 RM20/pcs Jimat RM7
1000 RM13/pcs 🔥 Jimat RM14
Nota: Harga di atas adalah anggaran untuk T-shirt sublimation lengan pendek. Harga termasuk cetakan penuh (full print). Sebut harga sebenar bergantung kepada kuantiti, jenis fabrik, potongan baju, jenis collar, saiz besar (4XL ke atas), dan pilihan tambahan seperti nama individu atau no. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga terkini.

Cara Tempah Jersi Sublimation Family Day

Berminat untuk membuat tempahan baju Family Day sublimation? Berikut ialah langkah mudah untuk proses tempahan bersama kami.

1. Hubungi kami melalui WhatsApp
Mulakan tempahan dengan menghantar mesej kepada kami. Berikan maklumat asas seperti jumlah helai, tarikh diperlukan dan jenis baju yang anda inginkan.

2. Pilih design daripada katalog baju
Anda boleh memilih design yang tersedia dalam katalog kami atau memberikan idea sendiri untuk menghasilkan konsep baju Family Day yang lebih unik dan menarik.

3. Berikan butiran tempahan
Sila berikan maklumat seperti nama keluarga, nama peserta, pilihan warna, saiz baju dan maklumat lain yang diperlukan supaya kami boleh menyediakan mockup design untuk semakan anda.

4. Semakan mockup dan pengesahan tempahan
Kami akan menyediakan mockup baju berdasarkan maklumat yang diberikan. Setelah design disahkan, kami akan keluarkan invoice untuk proses seterusnya.

5. Proses printing dimulakan
Selepas pengesahan dan pembayaran dibuat, proses penghasilan baju Family Day sublimation akan dimulakan mengikut spesifikasi tempahan anda.

Jika anda ingin mendapatkan sebutharga terlebih dahulu, kami juga boleh menyediakan quotation dalam format PDF berdasarkan jumlah kuantiti tempahan, jenis kain dan pilihan design anda. Ini memudahkan anda membuat perbandingan serta perancangan bajet sebelum meneruskan tempahan.

Mengenai

cropped-logo-sublimation-jersey.png

Sublimationjersey.my diuruskan oleh THRIVE IMPACT RESOURCES, sebuah perniagaan berdaftar (SSM: 003550833-X). Berpengalaman sejak 2013 dalam bidang printing baju sublimation.

Format file design yang di terima

Kami terima format file softcopy dalam Adobe Ilustrator dan Adobe Photoshop (300dpi) untuk hasil cetakan yang tajam dan cantik

Design guna Chatgpt/Gemini?

Jika anda ada design idea yang direka mengunakan Ai seperti Gemini & Chatgpt, boleh hantarkan dahulu untuk kami buat semakan. Ada caj redraw semula bergantung pada tahap kerumitan.

Tempoh proses cetakan

Tempoh proses printing mengambil masa 5-12 hari bergantung slot produksi semasa kami. Hubungi kami dengan memberikan due date tempahan anda,

Penghantaran / Pengambilan

Penghantaran disediakan ke seluruh Malaysia dengan free delivery ke semenanjung. Pengambilan boleh di buat di premis kami di Kajang, Selangor

tempah baju family day
baju family day sublimation printing
jersey sublimation family day

Hubungi Kami Untuk Tempahan & Pertanyaan

Hubungi kami melalui butang WhatsApp dibawah. Berikan kuantiti tempahan baju family day yang anda nak buat. Kami akan beri sebutharga.

Sebutharga Jersey

Sila isikan borang di bawah, kami akan menghubungi anda secepat mungkin.